Price | RM160.00 |
Product SKU | 978-967-2166-32-8 |
Size (L x W x H) | 27 cm x 19 cm x 3 cm |
Availability | In Stock |
Quantity |
|
Penulis: Mohd. Sohaimi Esa
Tahun terbit: 2020
ISBN: 978-967-2962-32-8
Kulit lembut, 446 mukasurat
Sebagai sebuah buku biografi, kisah kehidupan Tun Razak dibincangkan dengan meneliti peranan dan sumbangannya dalam proses membina negara bangsa Malaysia. Sumbangan beliau bukan sekadar sebagai Perdana Menteri, tetapi telah bermula sejak dirinya terlibat dalam politik sebelum zaman kemerdekaan lagi. Hal ini jelas apabila beliau terlibat dalam perjuangan UMNO sejak awal penubuhannya, dan pada masa yang sama menjadi pemimpin di peringkat negeri Pahang.
Di peringkat persekutuan pula, beliau terlibat dalam beberapa kementerian dan berperanan penting dalam membina kelestarian negara yang berdaulat. Sumbangan dan jasanya terus segar dalam lipatan sejarah dan sentiasa dikenang oleh rakyat sehingga kini sebagai Bapa Pembangunan Negara. Sungguhpun buku ini bersifat ilmiah, tetapi kisah kehidupannya ditulis menggunakan bahasa yang mudah bagi menggambarkan perasaan suka duka, pahit maung, sedih gembira dan kobaran semangat yang menjadikan dirinya begitu dekat dengan pembaca.
Buku ini sesuai dijadikan sebagai rujukan kepada sesiapa sahaja termasuk penyelidik, ahli politik, diplomat, pensyarah, guru dan pelajar, serta masyarakat yang ingin mengenali dari dekat tentang ketokohan Tun Razak.