RM65.00
Dinamika Suku Bajau Laut di Semporna Sabah
Price RM65.00
Product SKU 978-967-2166-05-2
Size (L x W x H) 27 cm x 19 cm x 3 cm
Availability In Stock
Quantity
Description

Penyunting: Ismail Ali, Asmiaty Amat, Mosli Tarsat
Tahun terbit: 2020
ISBN: 978-967-2962-05-2

Kajian dan penulisan berhubung orang laut dari pelbagai disiplin ilmu berkenaan suku Bajau Laut masih kurang diberi perhatian oleh para sarjana berbanding dengan kajian dan penulisan berkenaan orang darat yang tinggal secara tetap di tanah daratan. Tanggapan dan persepsi terhadap masyarakat ini juga pelbagai, malah sarjana Barat menggelar mereka sebagai Palau. Justeru, buku yang menghimpunkan beberapa bab berkenaan suku Bajau Laut di Semporna, Sabah ini bukan sahaja bertujuan untuk memahami semula suku Bajau Laut tetapi memberi pendedahan dari pelbagai perspektif sarjana tempatan dan berkonsepkan Malaysian Centric. Ia merangkumi aspek pensejarahan, pola petempatan, kebudayaan dan kepercayaan yang merangkumi aspek bahasa, pendidikan serta taraf sosioekonomi mereka.

 

Isu dan persoalan berkenaan suku Bajau Laut, terutamanya status sebenar kerakyatan mereka sama ada pendatang tanpa izin, pelarian politik atau stateless people cuba dirungkaikan dengan mengambil kira perspektif pelbagai disiplin ilmu sains sosial. Kerencaman perbincangan dalam buku ini mengukuhkan kesesuaiannya untuk dihadirkan sebagai rujukan utama pelajar, pengkaji dan sesiapa sahaja yang berminat untuk memahami dan mendalami masyarakat yang sekian lama bermukim di pantai timur Sabah, khususnya Semporna.