RM75.00
Chimney: Mercu Tanda Sejarah Peradaban Maritim Pulau Labuan
Price RM75.00
Product SKU 978-967-2166-03-3
Size (L x W x H) 27 cm x 19 cm x 3 cm
Availability In Stock
Quantity
Description

Authors: Ismail Ali, Nur Suriana Shaifoddin
Year Published: 2018
ISBN: 978-967-2166-03-0

Buku ini ditulis bertujuan mengimbau kembali sejarah keberadaan Chimney di Pulau Labuan. Berdasarkan kepada histiografi di Labuan, jelas menunjukkan kewujudan industri perlombongan arang batu antara tahun 18471911 di Tanjung Kubong atau lebih dikenali sebagai Coal Point yang diusahakan oleh beberapa buah syarikat seperti Eastern Archipelago Company, Labuan & Borneo Co. Ltd. dan Labuan Coalfields Company Limited dan lain-lain lagi.

Untuk memastikan industri perlombongan ini berjalan dengan baik, Labuan & Borneo Co. Ltd. telah mendirikan sebuah menara yang dikenali sebagai Chimney di Coal Point. Sehingga kini, tujuan sebenar Chimney ini dibina masih lagi menjadi tanda tanya. Namun, ramai yang mengatakan ia dibina bertujuan menjadi penunjuk arah kepada kapal-kapal yang menuju ke kawasan Raffles Anchorage.

Sehingga kini, tiada satu rekod sahih yang mencatatkan secara tepat bila Chimney ini dibina tetapi dipercayai telah dibina pada penghujung tahun 1890-an, iaitu selepas siapnya landasan kereta api di Coal Point. Diharapkan penerbitan buku ini dapat mengabdikan sejarah keberadaan Chimney sebagai sebuah mercu tanda bersejarah sekali gus mengiktiraf Pulau Labuan sebagai sebuah pusat peradaban maritim utama di Borneo pada abad ke-19.

Height 24 cm
Width 16.5 cm
Depth 0.8 cm
Weight 0.25 kg