RM65.00
Di Sebalik Tabir Bahasa Arab
Price RM65.00
Product SKU 978-967-2962-30-4
Size (L x W x H) 27 cm x 19 cm x 3 cm
Availability In Stock
Quantity
Description

Penyunting: Asiah Abas, Nor Ain Manap, Mohd. Taqwudin Mohd. Yazid, Nurulasyikin Muda, Siti Nurul Aishah Abdul Hamid
Tahun Terbit: 2020
ISBN: 978-967-2962-30-4

Bahasa Arab akan menjadi lebih mudah dan menyeronokkan untuk dipelajari jika dapat dikuasai dengan baik. Penguasaan bahasa Arab tidak terbatas dalam bidang pendidikan semata-mata tetapi mencakupi aspek kehidupan yang lebih luas. Maka, buku ini dihasilkan untuk membawa pelajar mendekati kaedah pembelajaran bahasa Arab secara lebih terbuka, bukan sahaja melalui perkongsian pengalaman pensyarah berpengalaman tetapi juga berdasarkan formula terkini, aplikasi interaktif dan strategi pembelajaran yang berkesan yang turut sama dirungkai di sebalik tabir mempelajari bahasa Arab. Bahasa Arab mudah dikuasai sekiranya berjaya menarik minat pelajar.

 

Justeru, diharapkan perkongsian motivasi oleh pelajar yang pernah mempelajari bahasa Arab dapat memupuk minat pelajar agar dapat bersama-sama menghayati kepentingan bahasa Arab yang dapat diterapkan dalam kehidupan seharian. Buku ini sesuai dijadikan rujukan dan bahan bacaan kepada mereka yang ingin mendalami bahasa Arab. Penulisannya yang bersifat santai dan separa ilmiah memudahkan pemahaman di semua peringkat umur termasuk golongan pelajar sekolah rendah, menengah dan institut pengajian tinggi serta masyarakat awam. Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada pembaca.