RM45.00
Gagasan 1Malaysia: Isu dan Cabaran
Price RM45.00
Product SKU 978-967-0521-04-6
Size (L x W x H) 27 cm x 19 cm x 3 cm
Availability In Stock
Quantity
Description

Author: Mohamad Sohaimi Esa, Ismail Ali, Dayu Sansalu, Lai Yew Meng
Year Published: 2013
ISBN: 978-967-0521-04-6

Konsep 1Malaysia telah diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd. Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang keenam. Konsep yang berpaksikan prinsip, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan ini bertepatan dengan cita-cita rakyat Malaysia, serta sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Dato Sri Mohd. Najib berusaha untuk mengukuhkan lagi perpaduan kaum di Negara ini. Walau bagaimanapun, wujud pelbagai tanggapan, isu dan cabaran yang terpaksa dihadapi dalam usaha mencapai matlamat konsep 1Malaysia. Justeru itu, penerbitan buku ini bertujuan memaparkan pelbagai tema tentang isu dan cabaran 1Malaysia.

Turut disentuh ialah konsep 1Malaysia dalam konteks Islam, konsep al-Wasatiyyah, peranan golongan kelas pertengahan dan kajian kes bagi mendasari persepsi masyarakat mengenai gagasan ini. Diharapkan himpunan tujuh makalah terpilih dalam buku ini berupaya membantu meningkatkan kefahaman masyarakat berkaitan konsep 1Malaysia.

Height 23 cm
Width 15 cm
Depth 1 cm
Weight 0.28 kg