RM65.00
Kedaulatan Negara Harga Mati: Pencerobohan Sulu dan Dampaknya Kepada Keselamatan Pantai Timur
Price RM65.00
Product SKU 978-967-2166-41-2
Size (L x W x H) 27 cm x 19 cm x 3 cm
Availability In Stock
Quantity
Description

Editors: Ismail Ali, Lai Yew Meng, Asmiaty Amat
Year Published: 2019
ISBN: 978-967-2166-41-2

Insiden pencerobohan kumpulan militan Sulu di Lahad Datu yang tercetus pada awal tahun 2013 ternyata merupakan suatu titik hitam dalam sejarah keselamatan nasional Malaysia. Dampaknya tidak kurang sama serius dengan episod-episod ancaman keselamatan yang pernah menyelubungi negara. Peristiwa yang telah mengorbankan sejumlah anggota keselamatan negara tersebut bukan sahaja membawa kesan mendalam terhadap psikologi dan national psyche tetapi turut membangkitkan semula kesedaran pelbagai pihak berkepentingan dalam negara tentang kepentingan keselamatan sempadan dan keperluan tahap kesiagaan yang tinggi demi mempertahankan kedaulatan dan integriti wilayah daripada ancaman anasir luar.

Inti pati buku suntingan ini bertujuan meneliti secara ilmiah insiden pencerobohan tersebut dengan menggunakan kaedah kajian rentas-disiplin bagi memberikan suatu pentafsiran yang lebih terperinci dan holistik kepada beberapa persoalan yang masih menjadi topik perbualan masyarakat umum yang kurang memahami asal usul mahupun naratif di sebalik peristiwa tersebut. Dalam merealisasikan objektif yang telah digariskan, kandungan buku ini telah disusun secara sistematik dalam mana bab-bab yang disaji menjurus kepada penelitian isu dan persoalan penting yang berkaitan dengan fenomena keselamatan di negeri Sabah ini.

Diharapkan penerbitan buku ini dapat memberikan suatu pengkisahan dan pemahaman yang lebih tepat lagi komprehensif berkenaan peristiwa pencerobohan kumpulan militan Sulu di Lahad Datu yang akan sentiasa dikenang sebagai salah satu peristiwa hitam dalam sejarah keselamatan nasional.

Height 23cm
Width 15 cm
Depth 1.5 cm
Weight 0.45 kg