Price | RM15.00 |
Product SKU | 978-967-2738-43-5 |
Size (L x W x H) | 27 cm x 19 cm x 0.5 cm |
Availability | In Stock |
Quantity |
|
Author: Helen Benedict Lasimbang
Year published: 2023
ISBN: 978-967-2738-43-5
Lumrah manusia tidak terlepas daripada mengalami tekanan hidup. Tekanan yang sedikit boleh membantu seseorang bermotivasi dan berusaha untuk mencapai prestasi yang lebih baik. Sebaliknya, tekanan yang keterlaluan dan berterusan boleh menyebabkan pelbagai penyakit dan kesengsaraan hidup. Ketara sedar (mindfulness) adalah teknik yang boleh dipelajari, bukan sahaja untuk menangani tekanan tetapi untuk menemui potensi diri dalam kemungkinan tanpa batasan. Ketara sedar akan menjadikan minda lebih terbuka, melegakan tekanan dan kegelisahan, menstabilkan pola emosi dan membantu anda menghargai kehidupan seharian. Setiap detik hidup akan lebih dinikmati dengan penuh ketenangan dan kesejahteraan. Anda juga boleh membuat keputusan dengan bijaksana. Amalan ketara sedar boleh dipraktikkan oleh semua individu, tidak mengira umur, tempat dan masa. Selain itu, amalan ini tidak memerlukan sebarang peralatan dan pelaburan yang banyak.
Buku ini memaparkan pengetahuan awal berkaitan ilmu ketara sedar yang wajar dibaca dan dimiliki. Selain mengetengahkan pengetahuan asas tentang ketara sedar, pembaca juga dapat mempelajari konsep ketara sedar. Penggunaan bahasa yang mudah difahami, tidak terlalu sarat dengan informasi, dan mengandungi ilustrasi yang membantu pembaca memahami kandungan buku menjadikan buku ini bahan bacaan yang menarik.