RM65.00
Wacana Kontemporari Islam
Price RM65.00
Product SKU 978-967-0521-25-1
Size (L x W x H) 27 cm x 19 cm x 3 cm
Availability In Stock
Quantity
Description

Author: Nizaita Omar, Suraya Sintang, Saini Ag. Damit
Year Published: 2013
ISBN: 978-967-0521-25-1

Percambahan minda dan penerokaan ilmu adalah perkara yang amat digalakkan oleh Islam. Ruang untuk berijtihad yang berpaksikan paradigma tauhid, bersandarkan roh syariat dan berlakarkan adab-adab Islam adalah terbuka luas.

Di sinilah medan cendekiawan Islam menyelami fenomena semasa yang melanda umat, lantas mengasah mindanya dan mengatur tari penanya untuk memberi jawapan dan penyelesaian terbaik untuk mereka. Apatah lagi dalam arus globalisasai pada hari ini, pelbagai isu yang meliputi segenap aspek kehidupan umat Islam baik dalam persoalan akidah, pemikiran, budaya, ekonomi, politik dan lainnya sering menghantui umat Islam.

Dari sudut yang lain pula, kegigihan sebilangan sarjana Islam dalam menangani tribulasi ini amat membanggakan, namun tidak bererti sebahagian yang lain hanya berpeluk tubuh, lesu dan terkunci dalam dunianya tanpa terpanggil untuk bersama menyelesaikan permasalahan yang sedang melanda umat Islam hari ini. Justeru, usaha menggerakkan para sarjana dan pengkaji Islam untuk turut serta melaksanakan tanggungjawab dan amanah ini perlu diperluaskan.

Buku ini menghimpunkan 13 makalah yang dinukilkan oleh para sarjana dari pelbagai institusi pengajian tinggi di Malaysia berhubung isu-isu kontemporari Islam. Isu-isu tersebut dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu Wacana Kontemporari Islam di Malaysia, Isu-isu Ekonomi Islam di Malaysia dan Pemikiran Islam Semasa. Hasil penulisan buku ini diharapkan dapat menyuntik minat dan semangat para pengkaji Islam untuk mengabadikan kajian mereka berkaitan isu-isu kontemporari Islam dalam bentuk penulisan untuk bacaan umum.

Height 23 cm
Width 15 cm
Depth 2.3 cm
Weight 0.68 kg