RM85.00
Sikap dan Perubahannya dari Perspektif Psikologi Sosial
Price RM85.00
Product SKU 978-967-2738-46-6
Size (L x W x H) 27 cm x 19 cm x 1 cm
Availability In Stock
Quantity
Description

Author: Getrude Grace Cosmas
Year published: 2022
ISBN: 978-967-2738-46-6

 

Buku ini membincangkan konsep sikap dan perubahan sikap dari aspek pendekatan Psikologi Sosial. Dalam Bab 1 hingga Bab 7 buku ini membincangkan pengetahuan asas tentang sikap seperti definisi, komponen sikap, pembentukan sikap dan hubungan antara sikap dan tingkah laku. Pengetahuan asas tentang sikap dilanjutkan dengan membincangkan teori dan model sikap dan perubahan sikap dalam Bab 8 sehingga Bab 12. Teori dan model sikap ini dapat dijadikan sebagai panduan dalam menjalankan kajian sikap dan dalam merancang, melaksana dan menilai program sikap dan perubahan sikap agar lebih berkesan. Dalam bab akhir buku ini pula dirumuskan secara ringkas keseluruhan bab bagi membantu pembaca merefleksi kandungan buku dan mengaitkan pengetahuan yang diperoleh dengan fenomena sosial yang berlaku sama ada pada peringkat tempatan atau global.

 

Sememangnya kesemua topik sikap dalam buku ini menarik untuk dikupas dan difahami bersama. Penulis berharap agar semua pembaca tanpa mengira latar belakang akan dapat memperoleh manfaat yang berguna dan dapat meningkatkan pemahaman tentang sikap diri sendiri, orang lain dan masyarakat. Semua ini akan dapat membantu individu untuk menyesuaikan diri dengan kepelbagaian sikap yang ditunjukkan oleh orang ramai.